(5foto) Adik Tiri Nelydia & Uqasha Senrose Menang Dewi Remaja


130

ADIK tiri kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose, Raysha Rizrose memenangi gelaran Dewi Remaja 2014/2015 yang diumumkan semalam.
Raysha, 18, menerima mahkota dewi remaja daripada pemenang Dewi Remaja 2010/2011 Neelofa Mohd Noor.
Finalis paling muda itu menewaskan empat peserta akhir iaitu Syamim Farid yang memenangi tempat kedua, Balkish Maarif (tempat ketiga), Mawar Rashid dan Deeba Halil.
raysha1
Di atas kemenangannya itu, Raysa membawa pulang wang berjumlah RM10,000 selain turut merangkul gelaran Dewi Berseri yang ditaja Fair and Lovely.
Tahniah Raysha dan selamat datang ke industri hiburan. Mana tahu lepas ini namanya boomseperti pemenang dewi-dewi lain sebelum ini seperti Scha, Neelofa, Aleeza Kassim, Annahita Bokavoli dan Juliana Banos.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN

0 Response to "(5foto) Adik Tiri Nelydia & Uqasha Senrose Menang Dewi Remaja"

Catat Ulasan