tERKINI 7/03/15 Penduduk pecah masuk penjara, pukul suspek rogol sampai mati
NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India ketika ini mendorong sekumpulan masyarakat di timur laut negara itu untuk memecah masuk sebuah penjara bagi mendapatkan suspek kes rogol yang ditahan pihak berkuasa.
Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.
"Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar," lapor akhbar tempatan.
Dalam laporan lain pula mendakwa, peserta demonstrasi itu berjaya memecah pintu pagar utama penjara sebelum menceroboh untuk mendapatkan suspek.
Suspek yang dipukul sehingga mati telah diheret dan digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar.
"Keadaan amat tegang, kami cuba mengawal keadaan," jelas polis bandar itu, Supritendan Meren Jamir.
Kemarahan penduduk terhadap pesalah seksual di negara itu meruncing dan tidak dapat dikawal apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini.
Pesalah dalam dokumentari berkenaan turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah
0 Response to "tERKINI 7/03/15 Penduduk pecah masuk penjara, pukul suspek rogol sampai mati"
Catat Ulasan