LAMBAT 'REPLY' MESEJ, LELAKI PANAS BARAN MAKI PENIAGA ONLINE
Menjadi pembeli barangan online atau peniaga online, sudah semestinya banyak melihat ragam-ragam kedua-dua pihak ini. Ada yang baik dan sebaliknya. Malang sekali jika anda terpaksa berurusniaga dengan pembeli/peniaga online yang turun dari 'neraka'.
Seorang peniaga online, memuat naik gambar perbualannya dengan seorang lelaki yang berminat untuk membeli iPhone 6 darinya.
Difahamkan kejadian yang berlaku pada awal bulan Mac itu, peniaga terbabit menerima mesej dari lelaki terbabit.
Tanpa sebarang salam, lelaki itu terus mengajukan soalan "ada jual iPhone 6 64GB ya?".
"Berapa ya kalau gold colour? Ni boleh COD tak? Saya bagi cash. Saya tengok awak jual RM2,400, kalau tak silap," katanya.
Selang seminit kemudian, lelaki itu menghantar mesej lagi dalam nada yang bengang.
"Ada jual ke tak ada? Kalau tak nak reply, tak payah jual," herdik lelaki itu.
3 minit kemudian
"Ada jual ke tak ada?"
9.11 malam, peniaga itu membalas mesej lelaki berkenaan.
"Assalamualaikum. Ada preorder and boleh bersabar tak awak? Baru tak reply berapa minit, awak dah cakap macam ni dan bukan you seorang sahaja i kena reply. Beratus WhatsApp masuk. Kalau awak tak boleh bersabar, don't bother to purchase online,".
Bengang dengan mesej itu, lelaki itu mula memaki hamun peniaga terbabit.
"Ehh kau ni. Orang nak belilah bodoh. Pergi mamposlah kau. Bangang! Tak payah juallah bodoh. Kau dok diam, baru customer tak beratus. Bersepahlah bodoh. Kau nak sound aku kenapa? Bangang!" bentak lelaki itu.
"Okay awak. Jaga bahasa awak. Jaga adab awak. Bahasa melambangkan peribadi kita tau. Akhlak awak mesti baik kan. Semoga Allah merahmati awak," balas si peniaga itu.
"Pergi mampos! Kau nak sound kenapa? Aku nak beli, kau yang kena jaga adab sial! Babi!" jelas lelaki biadab itu.
Bagaimana jika anda berhadapan dengan pelanggan seperti ini?
0 Response to "LAMBAT 'REPLY' MESEJ, LELAKI PANAS BARAN MAKI PENIAGA ONLINE"
Catat Ulasan