
Jenazah mangsa kelar pelajar perempuan UiTM Pulau Pinang Nursyuhada Johari dikebumi di Napoh Kubang Pasu Kedah hari ini.
KUBANG PASU 3 Feb. – Jenazah pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang yang dikelar sehingga mati di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheruk Mokkan, Napoh dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Baca : Sadis! Pelajar UiTM maut dikelar teman lelaki jahanam (12 Gambar)
Baca : Terkini! Suspek kelar & bunuh pelajar UiTM ditahan
Terdahulu, jenazah Nursyuhada Johari, 20, disolatkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan kira-kira pukul 10 pagi.

Dalam kejadian semalam, Nursyuhada pelajar UiTM Permatang Pauh turut ditikam di beberapa bahagian badan sehingga menyebabkannya parah sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital berkenaan. – Utusan
0 Response to "Jenazah pelajar UiTM mangsa kelar dikebumi"
Catat Ulasan