Jemputan istimewa' pengantin perempuan kepada ibu bapa sendiri
Seorang pengguna Reddit telah berkongsi satu posting yang menceritakan kisah seorang pengantin perempuan dan ibu bapanya.
Pengantin perempuan berkenaan hanya dikenali sebagai Alyssa dikatakan telah didera oleh ibu bapa kandung selama 16 tahun sebelum melarikan diri dari rumah.
Berita mengenai Alyssa yang sudah mempunyai kehidupan sendiri dan bakal melangsungkan perkahwinan sampai ke pengetahuan ibu bapanya.
Meskipun tidak mendapat jemputan, ibu bapa Alyssa berusaha menghubungi saudara mara dengan hasrat supaya boleh menumpang jemputan ke perkahwinan anak sendiri.
Alyssa yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Alex telah mengutus satu ‘jemputan khas’ kepada ibu bapanya:
Sesetengah pengguna Reddit ternyata menyokong tindakan Alyssa namun ada juga yang menyebelahi ibu bapa pengantin perempuan itu.
Seorang pengguna menyatakan mungkin ibu bapa Alyssa mahu menggunakan perkahwinan itu sebagai peluang untuk berbaik-baik semula dengan anak mereka.
0 Response to "Jemputan istimewa' pengantin perempuan kepada ibu bapa sendiri"
Catat Ulasan