Hanez SurayaTak Anggap Zuriat Romie Sebagai Anak Tiri




Syok betul Mek melihat persiapan perkahwinan barisan selebriti-selebriti tanah air yang bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Tapi, Mek lebih tertarik dengan persiapan yang dibuat oleh Hanez Suraya. Maklumlah, kisah percintaan Hanez dan Romie kan pernah dikecam satu Malaysia. Namun, akhirnya mereka bakal bersatu juga.

Sempena perkahwinannya yang bakal diadakan Mac ini, Hanez melalui Mangga Online ada berkongsi mengenai persiapan dan perasaannya terhadap Romie dan anak-anaknya. Nak tahu apa, jom baca lagi.


Anak Romie Dah Macam Anak Sendiri



Tak ramai yang boleh menerima kewujudan anak tiri tau! Tapi, nampaknya, Hanez berjaya berfikiran positif dan sudah pun menganggap anak tunangnya ini sebagai anak sendiri.


Penerimaan anak-anak Romie Alhamdulillah. Kita memang rapat. Hanez anggap diorang dah macam anak Hanez sendiri. Tak ada nak rasa dia tu anak tiri, tak ada nak mengasingkan antara kita.

Dari awal berkawan dengan Romie, Hanez dan anak-anak dia memang dah rapat.
Romie Ingin Bertanggungjawab



Kalau tak silap Mek, Hanez pernah mengumumkan bahawa dia dan Romie sudah berpisah kan? Tup tup dah bertunang.

Haa, inilah yang dinamakan jodoh. Kata Hanez, dia lembut hati apabila Romie menunjukkan sikap ingin memperbaiki dan bertanggungjawab dengan hubungan mereka.


Di pihak Romie, dia ingin mencuba dan perbaki apa yang ingin dia perbaiki. Dia ingin bertanggungjawab kembali. Dalam proses dia ingin berubah dan ingin kembali mengambil hati tu, Hanez berlembut hati untuk menerima dia balik.
Nak Cari Lelaki, Cari Yang Bertanggungjawab Pada Anak



Dapat Mek rasakan, Hanez sangat kagum apabila melihat Romie melayan anak-anaknya.


Dia seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak dia. Iyalah, kita kalau nak cari lelaki, carilah yang bertanggungjawab bila dah ada anak. Jadi, dalam proses kita kenal tu, Hanez nampak dia layan anak-anak dia memang baguslah.

Apapun, Mek tetap nak ucapkan tahniah buat pasangan ini. Buat pembaca setia artikel Mek,.

0 Response to "Hanez SurayaTak Anggap Zuriat Romie Sebagai Anak Tiri"

Catat Ulasan