Emma Maembong: Kenapa Mamat Khalid Cakap Macam Itu
PELAKON filem Ucop Wilcha Dan Werewolf Dari Bangladesh, Emma Maembong meluahkan rasa terkejutnya dengan dakwaan pengarah filem berkenaan, Mamat Khalid yang seakan-akan mendakwa dirinya dan Zizan Razak sengaja tidak menghadirkan pada majlis tayangan perdana filem itu Damansara, semalam.
Memetik kenyataannya dalam BH Online, Emma menyatakan dia bukan sengaja tidak mahu menghadirkan diri ke majlis tersebut sebaliknya dia terikat dengan komitmen kerja untuk penggambaran drama terbaharu lakonannya.
“Saya bukan sengaja tak mahu pergi atau mengelak menghadiri pra tonton filem itu tetapi saya sedari awal sudah memaklumkan ada komitmen lakonan untuk drama Isteri Separuh Masa arahan Michael Ang di samping Aiman Hakim Ridza.
“Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya. Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual,”katanya.
Untuk makluman, Usop Wilcha dan Werewolf Dari Bangladesh merupakan filem pertama lakonan Emma yang mana memulakan penggambaran pada Mac 2013.
Filem ke-14 arahan Mamat ini menjalani penggambaran di sekitar Ipoh dan Taiping, Perak.
Selain Emma dan Zizan, filem bergenre komedi seram itu dibintangi oleh Saiful Apek dan bakat baharu, Ahmad Maembong dan Sharwani NS. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Emma Maembong: Kenapa Mamat Khalid Cakap Macam Itu"
Catat Ulasan